HomeBeritaEnam kedai terbakar di Sungai Petani

Enam kedai terbakar di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Deretan enam unit kedai di Jalan Kuala Ketil, pekan lama Sungai Petani, terlibat dalam kebakaran pada Ahad malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, tiga unit kedai terbakar kira-kira 90 peratus, manakala tiga lagi terbakar hampir lima peratus.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 12.47 tengah malam tadi dan menggerakkan 14 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani bersama dua jentera, water tanker dan EMRS Sungai Petani ke lokasi kebakaran.

“Operasi pemadaman turut dibantu BBP Amanjaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang, PBS Sungai Petani dan PBS Bedong,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, tindakan pemadaman dilakukan menggunakan aliran 61 meter serta tiga pancutan dari jentera bomba dan PBS.

“Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Kerja-kerja overhaul masih dijalankan di lokasi kejadian,” katanya.

Author

Pilihan Editor