HomeBeritaPolitikHina, kecilkan parti punca Isham dipecat - Zahid Hamidi

Hina, kecilkan parti punca Isham dipecat – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan keputusan memecat Isham Jalil disebabkan tindakannya mengkritik Presiden UMNO.

Sebaliknya, Ahmad Zahid berkata, pemecatan Isham sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpunca daripada kenyataannya yang menghina dan memperkecilkan parti.

Beliau berkata, parti akan lebih rosak jika keadaan itu dibiarkan berterusan.

“Untuk kritik presiden tidak jadi pertimbangan langsung sebarang tindakan disiplin, tetapi bila menghina parti sendiri dan memperkecil-kecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, tindakan itu dilakukan MKT supaya tidak ada usaha tikus memperbaiki labu dalam UMNO,” katanya seperti dilapor FMT.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keputusan memecat Isham dibuat MKT dan ia tidak perlu dibawa ke Lembaga Disiplin.

“Keputusan itu dibuat oleh MKT, bukan presiden, tidak perlu (Lembaga Disiplin) kerana Lembaga Disiplin akan bawa kepada MKT. MKT akan putuskan dan keputusan MKT muktamad,” jelasnya.

Terdahulu, Isham mengesahkan menerima surat pemecatan daripada UMNO  pada Jumaat, namun beliau tidak akan merayu kerana ia dibuat tanpa melalui Lembaga Disiplin.

Surat pemecatan bertarikh 8 Disember itu ditandatangani Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyatakan Isham dipecat serta-merta atas alasan melanggar etika sebagai ahli UMNO.

Author

Pilihan Editor