HomeHiburanIdam anak lelaki, Fasha Sandha mahu jalani IVF

Idam anak lelaki, Fasha Sandha mahu jalani IVF

PELAKON, Fasha Sandha berhasrat menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kerana mengidamkan cahaya mata lelaki.

Menurut Fasha atau , Nur Fasha Sandha Hassan, 39, keputusan itu dipersetujui suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahu lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang,” katanya memetik portal HibGlam.

Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut menyatakan bahawa dia akan bertemu dengan pakar perubatan bagi mendapatkan informasi dan nasihat berhubung rawatan IVF sekitar tahun hadapan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama Malang Si Puteri pada Februari tahun depan barulah saya akan berjumpa doktor.

“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” ungkapnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha turut menzahirkan rasa syukur kerana meskipun di usia 39 tahun, dia masih diberi kepercayaan membawa watak heroin dalam drama berbanding pelakon lain yang seangkatan dengannya.

“Saya bersyukur masih dihujani tawaran lakonan sehingga hari ini. Rahsianya adalah disiplin dan komitmen, itu yang akan membawa seorang pelakon pergi lebih jauh,” ujarnya.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

 

Author

Pilihan Editor