HomeBeritaViral'Ingatkan ikan bilis'- Netizen terkejut pisang goreng halus 5 keping RM2

‘Ingatkan ikan bilis’- Netizen terkejut pisang goreng halus 5 keping RM2

BARU-baru ini, seorang individu mendedahkan dirinya ‘ditipu’ sewaktu membeli pisang goreng di sebuah gerai.

Menerusi perkongsian foto di aplikasi X, individu itu menunjukkan pisang goreng yang dihiris sangat nipis sehingga tidak menampakkan bentuk pisang.

“5 dua Ringgit. Nak tergelak aku. Bukan patutnya seketul-seketul ke?,” soalnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menyamakan bentuk pisang goreng itu dengan ikan bilis.

“Mati mati I ingatkan ikan bilis goreng sebelum baca caption,” komen netizen.

“Sekali pandang macam ikan bilis… rupanya goreng pisang haha sabar lah ye pada yang membeli,” tulis netizen.

“Aku ingat mag silap tulis nama makanan, sebab tengok gambar ikan bilis,” ujar pengguna X

“Nasib baik baca sampai habis, kalau tak mesti taktau tuh ikan bilis,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor