HomeBeritaViralPak 'guard' sekolah tamat khidmat, pelajar dan guru anjur majlis perpisahan

Pak ‘guard’ sekolah tamat khidmat, pelajar dan guru anjur majlis perpisahan

TERSENTUH hati apabila melihat para pelajar menghargai jasa seseorang yang bekerja demi menjaga keselamatan mereka tanpa mengira pangkat dan darjat.

Baru-baru ini, tular satu klip video memaparkan suasana sebuah majlis perpisahan seorang pengawal keselamatan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Bandar Baru Putra, Kinta, Perak.

Video yang dimuat naik di TikTok Fazlinda Aziz itu menyaksikan para pelajar dan guru menyampaikan cenderamata kepada seorang lelaki dikenali sebagai Uncle Kittu.

“Hebat didikan mak ayah bagi setiap pelajar sekolah ini dan para guru SK & SMK Bandar Baru Putra, Kinta. Tahniah kerana mendidik rasa hormat dan menghargai kerjaya seseorang tanpa mengira pangkat. Betapa mereka menghargai security guard sekolah siap buat sambutan majlis perpisahan utk beliau.

“Selamat bertugas di tempat baru Uncle Kittu. Semoga berjaya dimana saja uncle berada,” tulis Fazlinda menerusi ruangan kapsyen.

@lindalabu

Selamat Bertugas Di tempat baru Uncle Kittu

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

Perkongsian video terbabit turut tersebar di Facebook sehingga mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi yang turut tersentuh dengan layanan pihak sekolah serta para pelajar terhadap Uncle Kittu itu.

Malah, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru SK dan SMK Banda Baru Putra kerana berjaya menerapkan dan mencanai nilai positif ‘karamah insaniah’ yang memuliakan sesama insan tanpa mengira pangkat dan kedudukan di dalam diri pelajar-pelajar.

“Amat tersentuh jiwa saya menonton video ini apabila melihat layanan pihak sekolah dan murid-murid memuliakan seorang ‘jaga’ atau pengawal keselamatan sekolah yang menamatkan perkhidmatan.

“Nilai inilah yang akan menjadikan seorang pelajar itu beradab dan berakhlak luhur walaupun setinggi mana dia menggapai bintang masa depan.
Tahniah sekali!” ujarnya.

Author

Pilihan Editor