HomeHiburanJenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

KUALA PILAH: Jenazah penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza selamat dikebumikan pukul 10.40 malam tadi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, di sini.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu termasuk rakan artis seperti Norlia Ghani, Datuk Hattan, Datuk S Atan, Ameng Spring dan Mat Over selain keluarga.

Terdahulu, jenazah tiba di pekarangan Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Kampung Tengkek, kira-kira 8.30 malam.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras pada pukul 3.30 petang Ahad.

Sementara itu, Hattan ketika ditemui memberitahu, pemergian Ibnor Riza satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Karyawan Malaysia berasa sangat berdukacita, rasa amat sedih atas satu kehilangan yang besar dalam industri seni negara,” ujarnya. – Kosmo!

 

Author

Pilihan Editor