HomeBeritaViral'Jika menipu laknatlah Allah...'- Pengasas produk pemutih berani sumpah laknat buktikan...

‘Jika menipu laknatlah Allah…’- Pengasas produk pemutih berani sumpah laknat buktikan…

KEBANYAKAN golongan wanita dilihat berlumba-lumba menginginkan kulit putih dan mulus.

Mana tidaknya, ramai beranggapan wanita berkulit cerah lebih cantik berbanding wanita berkulit gelap sehingga muncul pelbagai produk pemutih kulit dikeluarkan berikutan ia mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Bukan itu sahaja, malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli suplemen pemutih, rawatan pemutih dan sebagainya semata-mata ingin memiliki wajah yang putih mulus.

Tidak kurang juga, warga net mendakwa sesetengah pengasas sanggup mengeluarkan produk pemutih yang dipercayai menggunakan bahan kimia semata-mata ingin membuktikan produk mereka sangat berkesan.

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang wanita berkongsi perubahan kulitnya selepas mengamalkan produknya yang dipercayai boleh memutihkan kulit.

Menerusi akaun X @NikitaNikAziz, dikongsi kisah seorang pengasas produk pemutih yang membuat sumpah laknat selepas dituduh mengambil suntikan pemutihan.

Perkara itu susulan, seorang netizen mendakwa pengasas terbabit tidak mengamalkan produk minuman keluarannya sebaliknya, mengambil suntikan pemutih (whitening injection).

“Sumpah demi Allah sis, saya tak pernah langsung cucuk walau satu jarum pemutih. Jika menipu, laknatlah Allah atas diri saya.

Saya dah makan dari tahun 2018 lagi dan yup menyeluruh full body bukan sapu-sapu,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net mempersoalkan sesetengah individu yang mempunyai ketagihan untuk memutihkan kulit.

“Nak putih-putih ni dah kenapa? Bersyukur je la, aku pulak berharap kulit aku bebas ekzema. Tak nak putih just nak sihat je,” tanya netizen.

“Teringin sangat sangat nak tau kenapa orang kemaruk nak putih eh?,” soal netizen.

“Kalau nak putih putih sangat ni dapat apa je? Ada dapat sijil ke,” selar pengguna X.

Author

Pilihan Editor