HomeBeritaJom beli ayam, daging RM10 di 7 lokasi ini esok!

Jom beli ayam, daging RM10 di 7 lokasi ini esok!

CYBERJAYA: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan berlangsung di tujuh lokasi pada Sabtu, merangkumi empat cawangan pasar raya Segi Fresh.

Menerusi poster hebahan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengajak orang ramai untuk berkunjung ke jualan murah itu yang diadakan di parkir Masjid Al Istiqamah Kampung Sungai Buaya (Morib), Pekan Kuala Kubu Bharu (Kuala Kubu Bharu) dan 32, Jalan Bukit Jeram (Bukit Melawati).

Selain itu, orang ramai juga boleh membeli barangan murah menerusi JER di di pasar raya Segi Fresh cawangan Kayu Ara, Ken Rimba, Bandar Teknologi Kajang dan Ara Damansara.
Inisiatif JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Sebelum ini, Exco Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Kerajaan negeri Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Justeru, orang ramai yang berminat mendapatkan barangan murah di JER boleh mengetahui lokasi terkini dengan membuat semakan di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

Author

Pilihan Editor