HomeBeritaViralKantoi curang, isteri hempuk guna 'tray' dalam restoran

Kantoi curang, isteri hempuk guna ‘tray’ dalam restoran

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang wanita memukul individu lelaki yang didakwa suaminya kerana terkantoi curang.

Menerusi perkongsian @MALAYSIAVIRALLL di X, kelihatan wanita itu memukul lelaki terbabit berkali-kali menggunakan dulang di sebuah restoran.

“Bini garang macam ni pun berani lagi nak curang haha, kena hempok dengan tray baru sedar,” tulisnya di kapsyen.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu dan menganggap ia hanya memalukan diri sendiri.

“Aku nak pesan kat kaum wanita… especially bini-bini orang. Wahai kaum-kaum ku sekalian, seandainya suatu hari nanti suami korang makan luar dan berlaku curang di belakang, jangan la cepat melatah dan melenting. Sebagai isteri, martabat kita lagi tinggi daripada penyondol. Jadi isteri yang high class,” nasihat netizen.

“Idok lah aku nak malu kan air muka sendiri kalau nampak laki aku camni,” luah netizen.

“Kalau aku cerai gak bini kepam ni, kot nak marah pun jangan pukul depan orang habis jatuh air muka siakk, kalau laki pukul bini dia curang kena report bagai lakkk!,” selar netizen.

Author

Pilihan Editor