HomeGlobalKucing nekad terjun dari tiang elektrik elak diselamatkan

Kucing nekad terjun dari tiang elektrik elak diselamatkan

SEEKOR kucing sanggup merisikokan nyawanya semata-mata untuk mengelak daripada individu yang ingin menyelamatkannya.

Lapor New York Post, kucing peliharaan yang diberi nama Coco itu berada di atas sebuah tiang elektrik, menyebabkan pemiliknya khuathir akan keselamatan nyawanya.

Pemilik Coco yang dikenali sebagai Alice Reid itu kemudian memanggil kakitangan perkhidmatan elektrik untuk membawa turun haiwan berkenaan.

Meskipun sudah dipujuk Reid dan pekerja utiliti itu, kucing tersebut dilihat masih berdegil untuk menerima bantuan tersebut.

Coco sebaliknya memilih untuk terjun dari tiang elektrik itu ke atas tanah.

“Ya tuhanku!,” kedengaran seseorang menjerit menerusi rakaman video yang sudah ditonton lebih 215,000 kali di laman Facebook itu.

Selepas mendarat, Coco yang disangka cedera terus melarikan diri dan memasuki kediamannya.

“Kemudian dia berbaring di atas lantai dan merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku,” kata Reid.

Isnin lalu, Coco telah melarikan diri dari rumahnya di Dildo, dekat Newfoundland dan Labrador, Kanada.

Haiwan itu kemudian ditemui berada di atas tiang elektrik selama dua jam, sehingga bantuan syarikat perkhidmatan elektrik tiba.

Coco bukanlah kucing liar dan Reid percaya punca kucing itu berada di atas tiang elektrik adalah disebabkan dikejar oleh seekor anjing.

Author

Pilihan Editor