GARA-GARA terlambat mengaku dirinya pemegang nombor cabutan bertuah dalam sebuah karnival baru-baru ini, seorang wanita terlepas peluang memenangi hadiah eksklusif, iaitu sebuah kereta mewah berjenama BMW F30.
Difahamkan, pihak penganjur sudah beberapa kali memanggil nombor cabutan berkenaan namun, pemilik nombor masih tidak memunculkan diri meskipun masa dilanjutkan sehingga 10 minit.
Bagaimanapun, menerusi video tular, ketika pihak penganjur memanggil nombor cabutan lain, kelihatan wanita itu ‘meluru’ ke bahagian pentas untuk menunjukkan nombornya.
Namun begitu, pihak penganjur menjelaskan bahawa wanita itu terlepas peluang memenangi hadiah mewah itu kerana tidak keluar ketika nombor cabutannya dipanggil.
Tidak berputus asa, wanita itu dilihat merayu kepada pihak penganjur seolah-olah memberinya peluang sekali lagi, namun permintaannyaa ditolak.
Malah, anggota Rela terpaksa menenangkan wanita itu di hadapan pentas karnival jelajah negeri di Pavilion Perda, Pulau Pinang.
Tidak mahu keadaan bertambah tegang, penganjur karnival memutuskan untuk memberi saguhati sebanyak RM1,000 kepada wanita tersebut.
@hang.pi.mana Kalau dah memang rezeki orang lain,terima jelaa kak oiii #Choii #farisazri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net menyelar wanita berkenaan yang disifatkan tidak bersyukur.
“Dapat seribu pon bersyukur la dari tak dapat apa… silap sendiri juga,” komen netizen.
“Rezeki dah tertulis kak… kalau bukan rezeki, kak buat macam mana pun tetap tak dapat kak oi,” tulis pengguna TikTok.
“Ada hikmah kak tak dapat tu… tak payah nak tambah beban, maintenance tinggi kak oii… kalau orang senang dan mampu tak apa. Biar jela rezeki orang lain… itupun Faris bagi juga 1K,” nasihat netizen.