TAKTIK seorang peniaga warga asing untuk menghabiskan barangan jualan secara cepat dan salah tidak menjadi apabila dihidu rakyat tempatan baru-baru ini.
Menerusi video tular, peniaga tersebut pada mulannya menyerahkan belon berlampu kepada seorang kanak-kanak tanpa diminta dalam kejadian di i-City, Shah Alam, Selangor.
Difahamkan, peniaga itu berbuat demikian dengan harapan kanak-kanak tersebut akan menangis jika penjaganya tidak mahu membeli belon berkenaan.
Namun, dugaannya salah apabila seorang lelaki dipercayai bapa kanak-kanak tersebut, yang menyedari perbuatan berkenaan bertindak memberikannya pengajaran.
Lelaki itu sebaliknya hanya meminta kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih kepada peniaga berkenaan tanpa memberi sebarang bayaran dan berlalu pergi.
Tindakan itu menyebabkan peniaga tersebut terkejut, sebelum mengambil semula belon daripada tangan kanak-kanak berkenaan.
Pada masa sama, lelaki itu sempat memberi amaran kepada peniaga tersebut supaya tidak melakukan perniagaan dengan cara menyalahi undang-undang.
Video itu turut memaparkan beberapa peniaga lain melakukan melakukan perkara sama ke atas pengunjung di taman tema tersebut.
Rakaman yang turut tular di laman X @MALAYSIAVIRALLL itu menyaksikan rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran pihak berkuasa untuk memantau perkara berkenaan.
Wargasing bersepah meniaga macam ni kat setiap tempat, majlis tolong la ambik tindakan, kalau tak kawal makin banyak, takkan nak tggu ramai yang buat baru nak banteras. Kenapa la anggota PBT ni semua bodoh ye. Apa kelayakan dia orang? SPM kena 9E ke macam mana? pic.twitter.com/M47wfsaa1Q
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 31, 2023
Tulis @farha_anna13: “Kat i-City tak ada penguatkuasa yang selalu buat pantauan ke? Kat Pavilion Bukit Bintang ni selalu je dorang berlari-lari anak sebab DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) selalu ronda. Kelam-kabut sembunyikan barang jualan mereka dalam kedai-kedai terdekat.”
Tambah @HafizFazrinnn: “Tak payah tunggu pihak berkuasalah. Kita buat je tindakan sendiri.”
@IrTomen secara kesal berkata: “Enforcement (penguatkuasaan) lemah.”
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.