HomeGlobalLelaki pesan 'headphone' dapat Colgate, melayang lebih RM1,000

Lelaki pesan ‘headphone’ dapat Colgate, melayang lebih RM1,000

SEORANG lelaki berputih mata apabila wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli peranti ‘headphone‘ ditukarkan dengan barangan tidak masuk akal.

Menerusi hantaran di media sosial, lelaki dikenali sebagai Yash Ojha itu berkata, dia membuat pembelian ‘headphone‘ jenis Sony XB910N Wireless berharga 19,900 rupee (RM1,066) menerusi laman peruncit dalam talian, Amazon.com.

Namun, ketika merakam detik-detik membuka kotak atau ‘unboxing‘ peranti berkenaan, dia terkejut apabila hanya menerima satu tiub ubat gigi jenis Colgate.

Sementara itu, Amazon tampil meminta maaf terhadap lelaki tersebut atas kejadian terbabit.

“Kami memohon maaf atas item pesanan anda yang salah. Kami ingin membantu anda dalam hal ini. Sila kemas kini tetapan mesej dan hubungi kami.

“Kami mengingatkan anda supaya tidak memberi butiran pesanan atau akaun melalui mesej kerana ia adalah maklumat peribadi,” tulis Amazon seperti dilapor NDTV.

Sebelum ini, terdapat kes yang mana seorang pelanggan pada mulanya memesan lensa kamera bernilai 90,000 rupee (RM5,053) daripada Amazon, namun dia sebaliknya hanya menerima biji quinoa di dalam bungkusan yang dihantar.

Author

Pilihan Editor