BUAT anda masih tidak tahu nak menuju ke mana pada cuti hujung minggu ini, jom ramai-ramai rasai keseronokan di festival Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.
Mungkin ada yang pelik kerana sebelum ini festival itu difahamkan berlangsung sehingga 20 Disember 2023, namun bersempena musim cuti sekolah, Orkid Putrajaya dilanjutkan sehingga Ahad ini iaitu 24 Disember 2023.
Dengan konsep ‘Pesona Anggerik’, orang ramai berpeluang menyaksikan lebih 500 pokok orkid khas termasuk pelbagai jenis hiasan pokok-pokok berbunga seperti pokok palma, orkid VIP, orkid liar, pokok-pokok renek, tanah tinggi, pokok pakis serta lebih daripada 70,000 nos bunga semusim.
Malah, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang festival berlangsung!
Jom pakat ramai-ramai ke festival Orkid Putrajaya 2023!
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nak pergi Orkid Putrajaya 2023? Ketahui 6 perkara ini!