HomeBeritaPemilik premis gajikan pekerja asing tanpa permit dikompaun

Pemilik premis gajikan pekerja asing tanpa permit dikompaun

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap pemilik premis perniagaan, yang menggaji pekerja asing tanpa permit di Jalan Mega Mendung, di sini, pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan, DBKL berkata, isu pemilik perniagaan warga tempatan menggaji warga asing sudah lama berlarutan, dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila warga asing yang digaji itu tidak mempunyai permit bekerja.

Justeru, katanya, operasi mengesan pekerja asing tanpa permit tersebut akan dilakukan secara berterusan bagi membendung kegiatan berkenaan, manakala pihak yang menggajikan mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Dalam operasi dijalankan semalam (Selasa), pihak kami sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan sebuah premis di Jalan Mega Mendung kerana menggajikan warga asing tanpa permit.

Antara pekerja warga asing yang digajikan tanpa permit. -Foto: DBKL

“Dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) dikeluarkan terhadap premis itu,” katanya.

Pada masa sama, DBKL berkata, peraturan ditetapkan perlu dipatuhi semua majikan sekiranya mengambil pekerja asing bekerja di negara ini.

“Paling penting jangan mengaut untung atas angin dengan ‘mengalibabakan’ lesen kepada warga asing,” katanya.

Author

Pilihan Editor