HomeGlobalPelakon Parasite meninggal dunia dalam kereta

Pelakon Parasite meninggal dunia dalam kereta

PELAKON filem Parasite, Lee Sun-Kyun, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di tempat letak kereta yang terletak di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan.

Memetik laporan The Korea Times, berita itu disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isteri pelakon itu, Jeon Hye-Jin, mengatakan suaminya ada meninggalkan sebuah nota bunuh diri sebelum menghilang.

Polis turut menjumpai arang di dalam kereta Lee Sun-Kyun sekali gus mengukuhkan bukti bahawa pelakon itu meninggal dunia akibat bunuh diri.

Sebelum ini, kecoh di negara itu kes melibatkan Sun-Kyun yang dikatakan terbabit dalam penyalahgunaan dadah marijuana di sebuah kelab malam.

Sun-Kyun bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut semasa siasatan polis dan menegaskan tidak tahu pil tidur yang diberikan individu dikenali Mr. A adalah dadah.

Author

Pilihan Editor