HomeBeritaViral'Penat tapi seronok'- Individu kongsi rezeki dengan 'rider' dipuji netizen

‘Penat tapi seronok’- Individu kongsi rezeki dengan ‘rider’ dipuji netizen

“PENAT tapi seronok.”

Demikian luahan seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video pengalamannya memberikan makanannya kepada ‘rider’ p-hailing dan juga pengawal keselamatan.

Menerusi TikTok @pfiszah, individu itu berharap pahalanya dalam bersedekah itu dapat mengalir kepada ibunya.

“Penat tapi seronok. Semoga pahala sedekah sampai kepada ibu,” tulisnya di kapsyen.

@pfiszah

Penat tapi seronok 😍 Semoga pahala sedekah sampai kepada IBU 🤲 #sedekahjumaat #jumaatbarakah #jumaat #foryou #fyp

♬ Thank You Allah – Maher Zain

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net memuji tindakan individu itu yang disifatkan sebagai mulia.

“Semoga di permudahkan urusan akak sekeluarga sihat selalu dan dijauhi wabak yang melanda amin,” komen netizen.

“Semoga menjadi inspirasi banyak orang di luar sana… Semoga sentiasa dimurahkan rezekinya sekeluarga,” luah pengguna TikTok

“Walaupun nampak macam kecil di mata manusia tapi besar di mata sang pencipta… semoga diluas kan rezeki hamba Mu yang lemah ini ya Allah amin,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor