HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis kejar Bezza dari PJ, ditahan di Cyberjaya

Polis kejar Bezza dari PJ, ditahan di Cyberjaya

CYBERJAYA: Polis menahan seorang lelaki dan wanita manakala dua lagi lelaki berjaya melarikan diri dalam aksi kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan sebuah kereja jenis Perodua Bezza.

Difahamkan, kenderaan polis mengejar kenderaan dinaiki suspek bermula dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya, Selangor.

Sebelum kejadian, Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum polis peronda mengejar mereka.

Insiden yang tular di media sosial pada pagi Selasa itu memaparkan kira-kira sembilan unit peronda polis (MPV) mengejar kereta terbabit.

Menurut pengguna X, aksi kejar-mengejar terbabit berakhir di Taman Tasik Cyberjaya, Cyberjaya.

https://twitter.com/Twt_Cyberjaya/status/1731812307607392568?t=G4DM8H5-rXa_l6Y3Am8zMQ&s=19

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dari kenderaan dan melarikan diri sementara lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

Author

Pilihan Editor