HomeNiagaTikTok Shop Mall masuk pasaran Malaysia

TikTok Shop Mall masuk pasaran Malaysia

APLIKASI TikTok kini menyediakan perkhidmatan TikTok Shop Mall yang mengumpulkan penawaran jualan barangan daripada kedai jenama rasmi.

Menerusi TikTok Shop Mall, pembeli boleh mendapatkan produk asli 100 peratus selain khidmat pelanggan yang sangat baik serta boleh memulangkan dan mendapatkan wang kembali dalam tempoh 15 hari.

Antara jenama yang telah menyertai TikTok Shop Mall adalah pasaraya Mydin, Habib Jewels, JBL, Pandora, Skechers, dan 70mai.

Kesemua penjual yang menyertai TikTok Shop Mall akan mendapat sebuah label khusus ‘Mall’ dipaparkan bersebelahan dengan nama profil mereka

Bagaimanapun, pendaftaran untuk menyertai TikTok Shop Mall hanya diambil melalui jemputan khusus sahaja – yang turut hadir bersama beberapa penawaran dan janji tambahan, lapor portal Amanz.

Author

Pilihan Editor