HomeHiburanRita Rudaini berang dituduh rampas hak B40

Rita Rudaini berang dituduh rampas hak B40

PELAKON, Rita Rudaini berang apabila dituduh merampas hak golongan kurang berkemampuan atau B40 apabila menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditangggung kerajaan.

Menurut Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, apa yang membuatkan dia lebih kecewa adalah tuduhan berbaur fitnah itu datang daripada individu bergelar guru.

“Macam ni lah nasib… dari sekolah private kalau pi sekolah biasa ni. Kena fitnah ambil kuota B40 pula.

“Yang fitnah tu pula cikgu a.k.a pendidik. Tak layak digelar pendidik. Jijik betul perangai.

“Asal T20 masuk situ, dituduh ambil hak B40, dituduh cable… awat? Anak-anak T20 ni semua bodoh-bodoh ke?

“Ni memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah.. Buanglah mentaliti kolot lagi jijik tu,” kongsinya menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun itu turut mempersoalkan segelintir guru yang sering menjaja perihal kehidupan orang lain.

“tugas guru-guru untuk mengajar amalan mulia pada pelajar… bukan duduk bilik guru kerja bergosip, fitnah pelajar dan parents!.

“But janganlah sibuk nak selak kain orang tapi tak sedar kain sendiri dah koyak rabak sampai mereput masam.

“Macam mana dengan anak-anak pengetua, anak-anak TPP yang boleh duduk satu sekolah lagi dengan ibu bapa diorang.

“B40 ke? Tak guna cable ke? Benda ni dah lama dah dalam fikiran tapi sis tak nak ambil tau because rezeki Allah bagi kat kita masing-masing,” selarnya.

Author

Pilihan Editor