SEORANG penghantar makanan di Canggu, Bali memperoleh duit runtuh, selepas membantu seorang pelancong mencari telefon bimbit di pantai.
Pelancong Britain, Archie Davey mengumpul hampir dua juta tontonan di media sosial, selepas berkongsi video memaparkan detik-detik pencarian telefon mudah alih itu.
“Apabila anda kehilangan telefon di Pantai Canggu, maka anda perlu tetapkan ganjaran sebanyak $2 juta untuk penghantar makanan,” tulis pelancong itu seperti dilapor New York Post.
Menerusi video yang dikongsikan, beberapa pekerja GoJek, yang biasanya menawarkan perkhidmatan menghantar penumpang dan makanan sama ada menggunakan skuter atau kereta berada di pantai untuk mencari telefon bimbit itu.
Selepas beberapa lama melakukan pencarian itu, salah seorang daripada pekerja tersebut berjaya menemukan peranti tersebut dan mendapat ganjaran seperti dijanjikan.
Dalam video sama, Davey menghulurkan sebanyak 20 keping wang kertas Rp100,000 bersamaan RM603 kepada pekerja berkenaan.
@archie.davey When GoJet becomes go find! wholseome experience #bali #millionaire #fyp #thailand #traveltok #britabroad #canguu #travel
Sementara itu, pengikut Davey menyifatkan jumlah itu adalah ganjaran besar.
“Ini cara paling mudah untuk menjadi jutawan, ” tulis salah seorang pengikutnya.
Tambah seorang lagi pengikut: “Semoga tuhan memberkati anda selepas memberi ganjaran kepada individu itu.”
Seorang pengikut Indonesia menulis: “Nilai ini mungkin murah untuk ada, tetapi terima kasih, kerana anda baru sahaja menggembirakan hari seseorang.”