HomePendidikanUIAM terap program VR di Fakulti Perubatan

UIAM terap program VR di Fakulti Perubatan

CYBERJAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan tampil memperkenalkan program Realiti Maya (VR).

Program VR di Fakulti Perubatan UIAM itu adalah sebahagian inisiatif meningkatkan kaedah pendidikan lebih inovatif kepada pelajar.

Pengarah UIAM, Prof Datuk Dr Ahmad Hafiz Zulkifly berkata, platform inovasi itu direka bentuk bagi meningkatkan metodologi pembelajaran dengan menyediakan pengalaman yang mendalam, interaktif dan realistik merentas pelbagai disiplin.

“Dengan program VR ini, pelajar perubatan akan lebih teruja dan seronok kerana turut diserapkan dengan teknologi yang sukar tetapi dipermudahkan.

“Setakat ini, kita tiada had kepada pelajar Tahun Pertama hingga Lima menggunakan program VR ini.

“Tetapi pada peringkat awal, fokus utama lebih kepada pelajar perubatan Tahun Pertama secara maya sebelum memegang pesakit yang betul,” katanya memetik Berita Harian.

Dr Ahmad Hafiz berkata demikian selepas melancarkan Suite Realiti Maya di Fakulti Perubatan UIAM Kuantan, di Kuantan, pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif G Lus Global Sdn Bhd, Dr Nurliza Md Azzam berkata, perkongsian G Plus Global bersama UIAM adalah komitmen penting dalam memajukan institusi pendidikan menerusi penyelesaian inovatif.

“Pelancaran VR ini akan mempamerkan keupayaan teknologi Dr Martin VR melalui demonstrasi langsung menerusi simulasi interaktif dan memberi peluang merasai sendiri potensi transformasi realiti maya dalam pendidikan dan latihan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor