HomeBeritaMahkamah & JenayahVideo Agus-Wahab: Polis temui petunjuk baharu

Video Agus-Wahab: Polis temui petunjuk baharu

 

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara Jumaat lalu, akan dirujuk semula selepas pihak polis menemui petunjuk baharu.

Ini berikutan dakwaan dibuat pembantu pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam keterangan dan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Khamis lalu, yang mendakwa diganggu secara seksual di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan akan dirujuk semula selepas siasatan berhubung kejadian di Bintulu, diperoleh.

“Kertas siasatan aman dirujuk semula selepas tindakan diambil berdasarkan laporan-laporan teknikal daripada agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Syarikat Telekomunisi (Telco).

“Hala tuju siasatan adalah sama iaitu mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak walaupun terdapat kertas siasatan lain di Bintulu,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, kertas siasatan berhubung situasi di Bintulu dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di tempat awam. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor