HomeBeritaViralWanita dakwa 'ulat parkir' calarkan kereta, mohon pihak berkuasa ambil tindakan tegas

Wanita dakwa ‘ulat parkir’ calarkan kereta, mohon pihak berkuasa ambil tindakan tegas

GARA-GARA tidak mahu membayar parkir kepada ‘ulat parkir’ seorang wanita mendakwa keretanya dicalarkan oleh individu disyaki dilakukan kumpulan berkenaan. 

Lantaran itu, wanita yang dikenali sebagai Ballerina itu, membuat aduan melalui aplikasi ADU@KL kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan insiden yang berlaku di kawasan letak kenderaan Maybank Bukit Bintang.

Dakwanya, dia telah diugut oleh seorang wanita digelar Kak Ara, yang mendakwa bahawa semua tempat letak kereta di kawasan tersebut adalah miliknya.

Area Maybank Bukit Bintang ugut saya kalau tak bayar parking, tengok kereta aku jadi apa. 

“Lepas itu siap claim kata semua tempat parking dia punya. Suka-suka letak harga RM15 setiap satu kereta,” kongsinya di TikTok.

@

♬ –

Menurutnya, Kak Ara bersama seorang lagi wanita tempatan serta tiga lelaki dipercayai warga Bangladesh memungut duit parkir daripada orang awam di kawasan tanpa memiliki lesen daripada DBKL.

Justeru, dia berharap pihak DBKL tampil mengambil tindakan tegas terhadap lima individu terbabit agar sindiket seperti ini tidak berterusan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung isu berkenaan yang didakwa sudah lama berlaku.

“Ulat parking ni dah lama berlaku… kenapa ulat-ulat itu begitu berani melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan,” selar netizen.

“Selagi ada yang rela bayar, selagi tu ada yang datang kutip,” komen pengguna TikTok.

“Dah bertahun macam ni. Padahal malam tak perlu bayar parking pun,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor