GANGGUAN seksual berupaya membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan serta trauma yang teruk.
Namun, tahukah anda perbuatan yang bagaimana dianggap gangguan seksual?
Menurut Institut Sosial Malaysia (ISM), terdapat lima jenis gangguan seksual yang wajib diketahui semua orang terutamanya golongan wanita.
Berikut adalah 5 jenis gangguan seksual:
1. Fizikal – Mendekati individu dalam jarak yang terlalu dekat dan/ atau melakukan sentuhan yang tidak wajar seperti menepuk, menggosok, meraba
2. Lisan – Menggunakan bahasa/ unsur lucah dalam perbualan, pujian, jenaka, pertanyaan dan sebagainya ke atas penampilan, tingkah laku atau tubuh badan individu
3. Isyarat (Bukan Lisan) – Sikap atau perlakuan yang mempamerkan keinginan berunsurkan seksual seperi merenung, menjilat bibir dan sebagainya.
4. Visual – Menghantar gambar atau sebarang kandungan yang berunsur seksual melalui apa sahaja medium atau peralatan komunikasi.
5. Psikologi – Perbuatan seperti mendorong, mendesak, atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual melalui sebarang bentuk medium atau peralatan komunikasi yang mempengaruhi mental dan emosi individu.