HomeHiburanNoh dedah wajah Musa, titip ucapan hari jadi ke-2

Noh dedah wajah Musa, titip ucapan hari jadi ke-2

CYBERJAYA: Penyanyi, Noh Salleh akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Musa menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam satu hantaran bersama Musa, vokalis kumpulan Hujan itu menitipkan ucapan hari lahir ke 2 tahun buat Musa.

“Selamat hari jadi ke-2 Musa Mohammad Noh. Rindu bena bapak dengan kitak.

“Allah jak tauk betapa sakit nahan rindu mok jumpa. Semoga Allah satukan kita soon so ktk dapat layanan seorang ayah bena2,” tulisnya.

Musa merupakan anak angkat yang diambil Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38 bersama Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43, ketika mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Ogos tahun lalu.

Author

Pilihan Editor