HomeTeknologiXiaomi lancar teknologi EV Khamis ini

Xiaomi lancar teknologi EV Khamis ini

SYARIKAT teknologi popular, Xiaomi mengumumkan akan memperkenalkan teknologi kereta elektrik (EV) secara rasmi pada 28 Disember ini.

Lapor Amanz, perkara itu sekali gus memperlihatkan pelbagai integrasi teknologi dan kecerdasan buatan yang disertakan oleh Xiaomi pada kenderaan elektrik akan datang mereka.

Sebelum ini sendiri, beberapa gambar telah tertiris memperlihatkan rekaan awal kenderaan tersebut.

Kemasukan Xiaomi dalam pasaran kereta elektrik akan menyaksikan saingan hebat dengan Tesla serta beberapa jenama lain tempatan di China, termasuk BYD.

Sebelum ini, Xiaomi mengumumkan penubuhan bahagian khusus untuk pembangunan kereta elektrik pintar, yang dijangka dipasarkan seawal 2024.

Author

Pilihan Editor