HomeGlobalUNRWA bergelut sedia penjagaan 50,000 wanita hamil di Gaza

UNRWA bergelut sedia penjagaan 50,000 wanita hamil di Gaza

AGENSI Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sedang bergelut menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk sekurang-kurangnya 50,000 wanita hamil, di tengah-tengah serangan tanpa henti rejim pengganas Israel di Genting Gaza.

“Terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dengan lebih 180 kelahiran setiap hari.

“Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang termampu bagi menyediakan penjagaan untuk wanita selepas bersalin dan ibu hamil yang berisiko tinggi, di tujuh pusat kesihatan UNRWA yang beroperasi,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan UNRWA.

Rejim Zionis Israel telah mengebom Genting Gaza dari udara dan darat selain mengepung dan melancarkan serangan darat sejak 7 Oktober.

Menurut angka terbaharu, sekurang-kurangnya 20,424 rakyat Palestin terkorban manakala 54,036 lagi cedera.

Malah, perang yang tercetus itu memusnahkan hampir seluruh bandar Gaza, dengan kira-kira dua juta penduduk kini kehilangan tempat tinggal.

Author

Pilihan Editor