HomeBeritaPolitikBincang isu sensitif, Dr M sedia bertemu Aaron Ago

Bincang isu sensitif, Dr M sedia bertemu Aaron Ago

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesanggupannya untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Perjumpaan itu dijangka dibuat setelah Aaron Ago memaklumkan bahawa, beliau bersedia bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan isu-isu sensitif yang boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum.

“Saya sedia jumpa dengan Menteri Perpaduan, Aaron Ago Dagang seperti yang dia cadang. Saya harap dia datang,” tulis Dr Mahathir di laman X pada Rabu.

Terdahulu, Dr Mahathir dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, para pengkritik beliau sepatutnya lebih memfokuskan kewujudan parti berasaskan kaum dalam negara.

“Yang asyik bercakap tentang multiracial (berbilang kaum) dan kritik saya berkenaan isu berkaitan kaum harus bertanya kenapa wujud parti-parti berasas kaum dalam negara ini.

“Kenapa tidak cuma wujud parti Malaysia. Ada parti yang dakwa mereka parti multiracial. tetapi bekas pemimpin mereka kata parti itu fake multiracial, iaitu palsu,” katanya.

Author

Pilihan Editor