HomeHiburanFaktor usia buatkan Naim Daniel kurang lantang kupas isu semasa

Faktor usia buatkan Naim Daniel kurang lantang kupas isu semasa

PENYANYI, Naim Daniel yang sebelum ini terkenal dengan lantang bersuara dalam media sosial mengakui kesibukan dan faktor usia membuatkan dia semakin kurang mengupas isu semasa.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata, walaupun  sibuk dengan komitmen kerja, dia masih mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku dalam mahupun luar negara.

“Dah tua dan jadual kerja yang padat tapi saya masih ada dalam media sosial.

“Cuma saya lebih fokuskan pada kerjaya dan mengutamakan apa yang perlu didahulukan. Kesibukan menyebabkan saya tiada masa mengupas isu semasa seperti sebelum ini.

“Tahun ini (2024) saya anggap sebagai tahun yang terlalu sibuk kerana boleh dikatakan jadual kerja saya telah pun diisi dari awal hingga ke akhir. Alhamdulillah,” katanya seperti dilapor Kosmo! Online.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sumpah itu turut menzahirkan rasa bimbang dengan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 dan berharap kesihatannya sentiasa terjaga.

“Harap-harap saya sihat selalu. Risau juga memandangkan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Saya pun baru sahaja baik daripada demam.

“Tapi alhamdulillah, saya tidak apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Naim pernah dikritik ramai apabila lantar melontarkan pendapatnya dalam media sosial mengenai apa sahaja isu yang melanda negara.

Walaupun dikritik, Naim tidak berhasrat untuk berhenti daripada memberikan pandangan kerana baginya itu satu tanggungjawab menegur perkara yang dianggap tidak betul.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia tidak menghalang sebarang kritikan dan sentiasa meraikan perbincangan media sosial dalam kalangan pengikutnya.

Author

Pilihan Editor