HomeHiburanHael Husaini perjelas makna 'celaka' dalam lagu Diam

Hael Husaini perjelas makna ‘celaka’ dalam lagu Diam

“CELAKA itu bukan perkataan kesat, jadi kita cuba ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks betul, iaitu mahu relate malangnya diri ini diperkenalkan dengan seseorang yang tidak harus berada dalam hidup.”

Demikian penjelasan penyanyi Hael Husaini menggunakan perkataan ‘celaka’ dalam lirik bagi single terbaharunya, Diam.

Tangkap layar lirik lagu Diam yang terdapat perkataan Celaka. Foto: YouTube Fiqah Lyrics

Memetik portal Gempak, Hael memaklumkan pemilihan perkataan ‘celaka’ adalah disebabkan maknanya yang sebenar dan bukanlah bagi menggambarkan sebarang perkara yang bersifat tidak baik.

“Kalau ikutkan, sebenarnya perkataan celaka disalah gunakan sedikit dalam kehidupan seharian. 

“Sebab celaka membawa maksud malang dan sebab itu dalam laporan dan penulisan berita, kita gunakan kecelekaan apabila mahu menggambar sesuatu tragedi.

“Saya minta maaf kalau perkataan itu agak kasar. Tapi kalau boleh, kita fikir penggunaannya daripada konteks berbeza dan positif,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor