HomeHiburanHanya salah faham, Nurul Shuhada mohon maaf pada Puteri Sarah

Hanya salah faham, Nurul Shuhada mohon maaf pada Puteri Sarah

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Mat Shukri tampil membuat permohonan maaf susulan komennya dalam sebuah hantaran yang mendakwa aktres Puteri Sarah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih mesra dipanggil Shu menjelaskan komen tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan perkahwinan sebaliknya dia hanya menzahirkan rasa gembira terhadap Puteri Sarah.

“Alamak this is a very huge misunderstanding comment Shu tu betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati and pandang tinggi, and tak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan.

“Tak sangka pula ter-twisted sampai macam itu sekali. Shu pun fans kak Farah and kak Sarah at the first place macam orang lain.

“Sikit pun tak rasa nak cari spotlight or anything punya untuk media headlines,” tulisnya menerusi Instagram story.

Dalam hantaran yang sama, Shu turut memaklumkan telah memohon maaf secara peribadi kepada pelakon drama Andai Itu Takdirnya tersebut.

“Shu dah personally mohon maaf dekat kak Sarah for that, tak baiklah kita doakan yang baik-baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik,” ujarnya.

Shuhada sebelum ini ada meninggalkan komen di ruangan Instagram pempengaruh, Farah Lee yang baru melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hatinya pada 5 januari baru-baru ini.

Shuhada mengucapkan tahniah serta memetik nama Puteri Sarah dan menatakan aktres itu yang bakal berkahwin selepasnya.

Sarah kemudiannya tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui tidak selesa apabila namanya diguna pakai berkenaan hal terbabit.

Author

Pilihan Editor