HomeBeritaHati-hati ulat bulu laut di pantai Terengganu

Hati-hati ulat bulu laut di pantai Terengganu

CYBERJAYA: Orang rami yang berkunjung di pesisir pantai di seluruh Terengganu diingatkan supaya berhati-hati dengan kemunculan ulat bulu laut atau nama saintifiknya, Amphinome rostrata.

Ketua Unit Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Izwandy Idris berkata, haiwan marin yang dikenali sebagai cacing api itu jika dipegang, boleh mengakibatkan luka, bengkak dan alahan.

Katanya, seorang sukarelawan telah menemui dua ekor ulat bulu laut sewaktu melakukan pemantauan di tepi pantai berhampiran kampus UMT di Kuala Nerus, semalam.

“Banyak organisma (termasuk ulat bulu laut) hanyut ke pantai akibat arus dan ombak kuat pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Amphinome rostrata (ulat bulu laut) mudah melekat pada benda hanyut seperti sisa kayu dan sampah laut lain,” katanya memetik Kosmo pada Khamis.

Tambah beliau, cacing api itu merupakan salah satu spesies cacing laut namun menyerupai ulat bulu kerana mempunyai struktur bak kuku dipanggil chaetea pada badannya.

Maklumnya, chaetae bersifat tajam namun rapuh serta mudah melekat ke kulit apabila disentuh.

“Ulat bulu laut ini juga mempunyai kelenjar berbisa yang boleh memasuki badan menerusi luka disebabkan tusukan chaetae,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor