HomeTeknologiIndia lancar roket kaji 'black hole'

India lancar roket kaji ‘black hole’

NEW DELHI: Agensi angkasa lepas India berjaya melancarkan roket dari pelabuhan angkasa Sriharikota sebagai inisiatif membantu saintis meningkatkan pengetahuan tentang lubang hitam di ruang angkasa.

Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), roket membawa Satelit Polarimeter X-ray (XPoSat) dilancarkan dari pelabuhan angkasa Sriharikota, Isnin lalu.

“Tahun 2024 diangkat dengan megah. XPoSat dalam keadaan baik dan penjanaan kuasa sudah dimulakan,” katanya memetik portal Science Alert.

Difahamkan, pelancaran roket itu adalah misi kedua mengkaji fenomena lubang hitam selepas Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) melancarkan usaha serupa pada tahun 2021.

Untuk makluman, lubang hitam ialah kawasan di angkasa di mana jirim runtuh  dengan tarikan graviti yang begitu kuat sehingga cahaya tidak dapat mengelaknya.

Dalam pada itu, Ketua ISRO, Somanath memaklumkan kenderaan PSLV-C58 berjaya meletakkan satelit berkenaan ke orbit dengan baik.

“Dari sudut ini, orbit PSLV akan dikurangkan kepada orbit yang lebih rendah, di mana peringkat atasnya akan menjalankan eksperimen dengan sembilan muatan di atas kapal dan proses itu akan mengambil sedikit masa,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor