HomeBeritaJaga-jaga! Elak muat naik dokumen, data peribadi di laman...

Jaga-jaga! Elak muat naik dokumen, data peribadi di laman…

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik sebarang dokumen dan data peribadi ke laman-laman terbuka seperti Scribd.

Lapor portal teknologi, Amanz, tindakan itu penting bagi mengelak berlakunya kebocoran data peribadi.

Meskipun Scribd membolehkan pengguna memuat-naik dokumen dan berkongsi dengan yang lain namun, menjadi kebimbangan apabila sesuatu sistem itu terdedah pada pelbagai kerentanan

Sebagai contoh, masalah kebocoran data akan timbul apabila ramai pihak yang memuat-naik dokumen peribadi seperti salinan MyKad, data-data pekerja, data-data pelajar lalu menetapkannya sebagai akses terbuka.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga orang ramai disarankan untuk berkongsi sesuatu dokumen dan data peribadi menerusi alternatif lain seperti Google Drive dengan tetapan peribadi atau terkawal dan memadam dokumen yang dikongsikan selepas selesai sesuatu perkara.

Author

Pilihan Editor