HomeBeritaJangan muat turun 'file .APK' di WhatsApp sebab...

Jangan muat turun ‘file .APK’ di WhatsApp sebab…

SINDIKET penipuan dalam talian kini dilihat semakin meningkat di Malaysia.

Lebih membimbangkan apabila golongan tidak bertanggungjawab ini semakin berani memperdaya orang ramai menerusi pelbagai teknik dan gaya diluar jangkaan termasuklah penyamaran sebagai anggota berkuasa dan penghantar bungkusan barangan.

Tidak cukup dengan itu, golongan ‘scammer’ ini turut aktif menggodam akaun peribadi seseorang dengan hanya ‘satu klik’ sahaja sehingga mereka berupaya mengawal telefon mangsa.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi X @najihahsharel, antara taktik yang diguna pakai golongan ‘scammer’ ini adalah dengan menghantar fail berformat ‘APK’ di aplikasi WhatsApp mangsa.

https://twitter.com/najihahshahrel/status/1742883072281104679

“Untuk kali ke-100 nak pesan, please jangan download ‘file .apk’ yang suspicious.

“Kadang orang hantar message courier/kad kahwin, pastu suruh download file tah pape, please jangan tekan tau,” pesan wanita tersebut.

Pada masa sama, wanita itu turut berkongsi cara mengenal pasti sindiket penipuan seperti ‘malware scam’.

“Macam mana nak detect malware scam? Orang yang tak dikenali akan tiba-tiba text lepas itu send .APK files suruh download.

Application itu akan minta access to control our phone.

“Iklan yang too good to be true contoh iphone 15 hanya RM100 is 100% a scam,” jelasnya.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan sindiket penipuan dalam talian yang kini semakin berleluasa.

Berikut adalah langkah selamat yang boleh diikuti:

  1. Muat turun aplikasi dari platform rasmi seperti App Store/ Google Play Store/ Huawei App Gallery sahaja
  2. Jangan klik atau muat turun fail aneh yang mencurigakan terutama dari individu yang tidak dikenali
  3. Jangan klik ‘approve’ sekiranya anda mendapat notifikasi permintaan seseorang mahu mengawal peranti anda
  4. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai sindiket ‘scam’, boleh layari laman web https://www.jangankenascam.com/

Author

Pilihan Editor