HomeHiburan‘Jangan sesekali pisahkan bapa dengan anak’ - Sharnaaz Ahmad

‘Jangan sesekali pisahkan bapa dengan anak’ – Sharnaaz Ahmad

PELAKON, Sharnaaz Ahmad memahami perasaan dilalui penyampai radio, Fizi Ali yang sudah dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak sendiri.

Kata Sharnaaz, 39, hanya mereka yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.

“Aku tidak mahu tau betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Pelakon filem Polis Evo 3 itu melontarkan pendapatnya berkenaan isu terbabit selepas mengikuti liputan media yang memaparkan video Fizi ditemu bual semasa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, semalam.

Pada Isnin, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Bagaimanapun, Sharnaaz bernasib baik apabila bekas isterinya, Noor Nabila bersetuju untuk menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia enam tahun.

Author

Pilihan Editor