USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat memaklumkan dia kini menghidap sakit kanser.
Pendedahan itu dibuat Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, menerusi siarang langsung di akaun TikTok miliknya pada Rabu.
“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser.
“Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya dalam nada sayu.
Dalam pada itu, Sajat turut mengingatkan pengikutnya di TikTok supaya tidak bersimpati atau sedih akan dugaan yang menimpa dirinya.
“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.
“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya dalam keadaan menangis di siaran langsung itu.
Meskipun kini menetap di Australia, Sajat dilihat aktif membuat siaran langsung di TikTok dengan menampilkan kandungan cara masakan kuih tradisional Malaysia.