SEORANG guru di Indonesia menerima kecaman warga net selepas videonya yang didakwa memalukan murid yang tidak menderma tular di media sosial.
Malah, tujuannya merakam video terbabit agar ibu bapa murid mengetahui kelakuan anaknya di sekolah.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Prabumulih, Sumatera Selatan, Indonesia.
Memetik Tribun Style, ia bermula apabila guru tersebut didakwa memaksa murid-murid supaya mengumpulkan wang untuk sumbangan dana.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu menunjukkan, seorang guru merakam murid yang menyumbangkan wang ke dalam peti sumbangan yang disediakan.
“Masukkan duit dalam tu, boleh tahu siapa yang tak buat. Malu tak menyumbang.
“Kita video sekali anak-anak yang tidak mahu berinfak,” kata guru berkenaan.
@prabumulihngehitsnew Cak mano menurut kamu lor #prabumulih #palembang #sumsel #infaq #pendidikan
Menjengah ke ruangan komen, guru tersebut menerima kritikan hebat dari netizen.
“Jangan memaksa walaupun 500 perak (matawang Indonesia), mungkin ke sekolah pun tidak berduit cuma bawa bekal nasi sama tempe. Cuba ibu tengok bekal anak tu dulu,” selar netizen.
“Ajari la infak yang baik dan benar dan ikhlas dan juga ada pada tempatnya, bukan paksaan apa lagi nak viral pula,” komen netizen.
“Infak dak perlu dipaksa ibu,” tulis netizen.