HomeGlobalLebih 100 dikhuatiri maut dalam letupan berhampiran kubur jeneral tertinggi Iran

Lebih 100 dikhuatiri maut dalam letupan berhampiran kubur jeneral tertinggi Iran

 

TEHRAN, Iran: Sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh pada Rabu apabila beberapa letupan berlaku kawasan di mana upacara diadakan untuk memperingati seorang jeneral tertinggi Iran yang dibunuh empat tahun lalu oleh Amerika Syarikat (AS), kata Sayyed Mohammad Saberi, ketua jabatan kecemasan bandar raya itu.

Letupan berlaku di laluan menuju ke tanah perkuburan di tenggara bandar Kerman di mana Qassem Soleimani, bekas ketua Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam, dikebumikan, menurut media kerajaan.

Punca letupan masih tidak diketahui. Beberapa laporan media mengatakan ia disebabkan oleh kanister gas.

Pertubuhan Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan Iran sebelum ini meletakkan angka kematian seramai 73 orang dan 170 yang lain cedera.

Insiden itu berlaku ketika puluhan ribu orang berkumpul di kampung halaman Soleimani, Kerman untuk memperingati ulang tahun keempat pembunuhannya.

Soleimani terbunuh pada 3 Januari 2020, dalam serangan dron AS di luar Lapangan Terbang Baghdad di Iraq.

Jabatan kecemasan Iran meletakkan semua hospital dan pusat penjagaan kesihatan berjaga-jaga untuk merawat mangsa yang cedera.

Pegawai di Tehran masih belum mengulas mengenai kejadian itu.

Menurut sumber Anadolu, tempat upacara di Kerman telah dikosongkan oleh pasukan keselamatan dan orang ramai telah diminta pulang ke rumah. – Anadolu

Author

Pilihan Editor