HomeBeritaViralLelaki 'sound' warga Singapura selamba isi minyak RON95

Lelaki ‘sound’ warga Singapura selamba isi minyak RON95

SEORANG lelaki berang selepas mendapati warga asing bertindak mengisi kenderaannya dengan menggunakan minyak petrol subsidi RON 95, di sebuah stesen minyak di dalam negara.

Tidak hanya duduk diam, lelaki itu tampil menegur perbuatan individu warga Singapura yang mengisi minyak pada kereta jenis Honda Shuttle.

Menerusi video tular di laman X @MALAYSIAVIRALLL, lelaki yang merakam insiden itu didengar mengherdik individu berkenaan.

Lelaki itu juga mempersoalkan tindakan individu itu, yang cuba mengisi minyak subsidi pada kereta menggunakan nombor plat pendaftaran Singapura.

“Apa? Awak (warga) Singapura awak kena isi hijau (minyak RON97). Kenapa awak isi kuning (RON95)?” soalnya.

Selepas gagal memberi penjelasan berhubung tindakannya, individu berkenaan meletakkan kembali ‘nozzle‘ pengisi minyak dan berjalan menuju ke arah kaunter stesen tersebut.

“Awak masuk orang punya negara, ikut undang-undang la,” kata lelaki berkenaan.

Untuk rekod, Akta Kawalan Bekalan 1961 melarang penjualan pertrol bersubsidi jenis RON95 kepada kenderaan asing.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi saranan agar minyak bersubsidi sukar digunakan oleh warga asing.

@ajudinho12 berkata, setiap stesen minyak perlu menyediakan satu laluan pam minyak khas untuk warga asing.

“Pam lain mereka tak boleh guna. Kalau mereka beratur dekat pam lain, mohon pekerja situ suruh mereka pergi ke laluan pam khas.

“Ketegasan daripada pekerja pam minyak perlu dalam penyelesaian ini,” katanya.

Tambah @zamwmanes: “Patut kena ada pekerja yang jaga setiap pam, tengok je nombor plat asing, kau tolong isikan RON97 kat kereta.”

Tulis @calla_lily1: “Banned je plat number tu.Tak boleh enter Malaysia for five years.”

Ujar @tweektweak610: “Patutnya time nak isi minyak tunjuk IC (kad pengenalan) make sure warganegara.”

Saran @mfahmih26, operasi stesen minyak perlu kembali kepada kaedah lama, yang mana terdapat pekerja yang menjaga laluan pam minyak manakala pelanggan harus membuat pembayaran di kaunter.

“Baru boleh kawal. Kalau nak harapkan kaunter, mana depa sempat nk semak satu-satu kenderaan yang bayar.”

 

Author

Pilihan Editor