HomeGlobalLelaki tak jadi terjun gara-gara dapat nasi beriani

Lelaki tak jadi terjun gara-gara dapat nasi beriani

SIAPA sangka, nasi beriani juga berupaya menyelamatkan nyawa seseorang.

Perkara itu boleh dilihat menerusi kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir terjun dari sebuah jambatan di Kolkata, India.

Lapor Wion News, lelaki itu membatalkan niat untuk terjun selepas pihak polis menawarnya satu set nasi beriani dan peluang pekerjaan.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Isnin lalu turut mengakibatkan jalan raya sesak hampir sejam.

Difahamkan pada hari kejadian, mangsa menaiki sebuah motosikal bersama anak perempuannya lalu berhenti berhampiran jambatan tersebut.

Dia memberitahu bahawa telefon bimbitnya terjatuh di atas jalan raya.

Si anak keliru apabila melihat bapanya memanjat palang besi dan mengancam untuk terjun dari jambatan itu.

Tidak lama kemudian, anggota-anggota Pasukan Pengurusan Bencana Polis Kolkata dan bomba tiba di lokasi kejadian bagi menyelesaikan ‘drama’ tersebut.

Author

Pilihan Editor