Kebelakangan ini, lagu Dawai nyanyian Fadhilah Intan seringkali bermain di corong radio.
Malah, lagu ‘viral’ itu turut mendapat tempat dalam hati rata-rata warga net dalam memuat naik video di aplikasi TikTok.
Maka, tidak hairanlah jika dilihat ramai yang turut berminat membuat ‘cover’ mendendangkan lagu berkenaan termasuklah seorang nenek.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @fesollyusof, kelihatan seorang nenek menyanyikan lagu Dawai secara langsung.
Menjadi perhatian apabila gaya penyampaian lagu tersebut amat berbeza dengan alunan penyanyi asal.
Malah, video yang mendapat lebih satu juta tontonan itu disifatkan amat menarik kerana teknik nyanyian nenek yang dikenali ‘Nenek Rocker’ tersebut, sama seperti nyanyian lagu-lagu lama.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan memuji lantunan suara nenek tersebut kerana tampak bertenaga dan mempunyai originality tersendiri.
@fesollyusof @NENE ROCKER @Fadhilah Intan ni mesti penyanyi asli…. #original #nenekviral #nenekrockers #viral #dawaifadhilahintan #dawai
“Kalau perasan nenek ini guna cara nyanyian orang dulu-dulu. Bonda Hetty Koes Endang pun ada guna teknik yang sama,” tulis seorang netizen.
“Dawai versi 90-an saya suka!” ungkap warga net.