PENGASAS, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa beliau kini menjadi seorang penternak lembu. Jutawan itu mendedahkan projek baharunya dalam catatan Instagram pada Rabu, dan mendapat reaksi yang bercampur-campur.
Zuckerberg berkata, beliau mula menternak lembu di Ko’olau Raunch miliknya, kawasan yang bernilai berjuta-juta dolar di Kauai, Hawaii, untuk menghasilkan daging lembu berkualiti tinggi di dunia. Jutawan itu berkata, beliau akan menternak lembu wagyu dan angus, memberi mereka makan kacang macadamia dan minum bir yang dihasilkan di ladang itu.
“Kami mahu keseluruhan proses dihasilkan secara tempatan dan bersepadu. Setiap lembu makan 5,000-10,000 paun makanan setiap tahun, jadi banyak pokok macadamia perlu ditanam,” tulis Zuckerberg, berkongsi foto anak perempuannya menanam pokok di hartanah itu.
Zuckerberg juga menyiarkan foto dirinya sedang menikmati kepingan daging lembu yang besar, menyatakan bahawa penternakan adalah projek “paling lazat” beliau setakat ini. Beliau menyifatkan ladang itu sebagai ladang yang hebat, namun ramai netizen yang mengkritik di ruangan komen dan menyebarkan berita itu ke platform media sosial lain untuk melepaskan kemarahan mereka.
Ada yang membantah penternakan dari sudut perubahan iklim, menegaskan bahawa lembu menghasilkan terlalu banyak gas rumah hijau.
Proud of you man, you really fulfilled that dream of putting food in your mouth in the manner that causes the most climate change possible for a human being https://t.co/x03Tey1WDF
— Andy Greenberg (@agreenberg at the other places) (@a_greenberg) January 10, 2024
Yang lain mengecam pilihan Zuckerberg untuk pemakanan lembunya, mengutuknya sebagai tidak beretika atau, sekurang-kurangnya, boleh dipersoalkan.
Zuckerberg is raising the MUFA content of his cattle over SFA.
To each his own. https://t.co/LWQKeTyWqi
— exfatloss🥛 (@exfatloss) January 12, 2024
Ada yang mengambil pendekatan yang lebih radikal, menegaskan bahawa makan daging mesti dihentikan sama sekali, dan manusia harus menjadi vegan.
“Mark Zuckerberg berkata dia kini mula menternak lembu; di hartanahnya di Hawaii, memberi mereka bir, dan kemudian membunuh mereka. Mark, zaman kegelapan memanggil-manggil dan ia mahu anda kembali,” tulis Shalin Gala, ahli kanan PETA.
Yang lain pula berseloroh mengatakan bahawa pengalaman bertahun-tahun di Facebook akan memudahkan kerja menggembala lembu bagi jutawan itu. – RT