DAKWAAN wajah aktres, Zahirah MacWilson persis pembantu rumah atau ‘bibik’ yang dilontarkan pelakon, Fatiya Latiff membuatkan akaun media sosial Zahirah dibanjiri komen netizen.
Menerusi tinjaun di foto-foto Zahirah atau Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, di Instagram, rata-rata warga net meninggalkan nasihat dan memuji kecantikan yang terserlah dalam diri pelakon tersebut.
Malah, ada juga sebilangan beranggapan tindakan Fatiya menyamakan Zahirah dengan bibik itu adalah disebabkan rasa dengki akan kesempurnaan yang dimiliki Zahirah sekeluarga.
“Harap you jangan keluar statement apa-apa pasal pihak sebelah sana yang mengata you. Biarkan dia dengan perasaan dia. Terus bercakap dengan cermin dia tu. You terus jadi professional jangan layan pihak sana okay,” pesan warga net.
“Stay being unbothered beautiful queen,” komen netizen.
‘Kalau Zahirah yang cantik gila ini macam bibik, habis kita ini muka apa?” seloroh netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, Zahirah dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza masih tampak tenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen balas di akaun media sosial mereka.
Semalam, Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 36, mengejutkan ramai pihak apabila dengan selamba melabel wajah Zahirah seperti bibik dan menuduh aktres itu mengambil suntikan pada bibirnya.
Untuk rekod, Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.
Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020.