HomeMV+PendapatPerlu ke jadi wanita berkerjaya?

Perlu ke jadi wanita berkerjaya?

KEPUTUSAN untuk bekerja atau tidak bekerja adalah pilihan individu.

Setiap wanita mememiliki hak untuk menentukan jalannya sendiri sama ada berkarier di luar rumah atau memilih untuk fokus pada rumah tangga. Keputusan ini sangat dipengaruhi oleh nilai-nilai personal, aspirasi, keadaan ekonomi, dan preferensi individu.

Tidak dinafikan bahawa, wujud golongan wanita yang memilih untuk bekerja bagi mengembangkan karier, kewangan peribadi, atau permintaan diri. Sementara itu, ada juga para wanita yang lebih memilih untuk fokus pada peranan sebagai ibu dalam rumah tangga atau memadukan perkerjaan dengan tanggungjawab keluarga.

Meskipun demikian, timbul beberapa argument dan faktor yang dapat dianggap sebagai dukungan untuk keterlibatan wanita dalam dunia kerja masa kini.

KERJAYA DALAM Al-QURAN

Isu wanita bekerja bukanlah suatu perkara baru dalam dunia hari ini. Sejak manusia dicipta oleh Allah dan mula berkembang biak, wanita sudah pun bekerja di rumah dan di luar rumah. Hanya pada masa kini istilah pekerja dirujuk kepada mereka yang makan gaji dan memperolehi pendapatan.

Al-Qur’an sendiri telah menjelaskan salah satu daripada fungsi manusia sebagai khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini ialah memakmurkan bumi Allah dengan bekerja untuk mencari rezeki bagi mendapatkan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna. Perkara tersebut dapat difahami daripada maksud firman-firman Allah yang berikut:

فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُون۝٠١

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).“. al-Jumu’ah(62):10

Berdasarkan ayat di atas, wajar untuk difahami bahawa bekerja adalah salah satu tuntutan Islam ke atas umat manusia. Wanita juga tidak terkeluar daripada tuntutan tersebut. Apabila seseorang itu bekerjaya dapat memberikan bahawa wanita mempunyai simpanan sendiri, berkemungkinan besar mereka mampu untuk memenuhi kebutuhan hidup sendiri dan memiliki kontrol atas kewangan peribadi mereka.

Seperti yang diketahui, bekerjaya menjadikan seseorang wanita itu memiliki potensi untuk mencapai kejayaan dan pengembangkan karier yang bemakna. Keterlibatan wanita dalam dunia kerja dapat memberikan mereka kepercayaan diri, ilmu pengetahuan, dan keterampilan untuk mengatasi pelbagai rintangan dalam kehidupan.

Dari sisi ekonomi pula, ekonomi dunia sekarang menggalakkan bahawa di rumah tangga itu harus dibangunkan dengan kesenangan untuk menjamin kebahagian. Oleh hal demikian, pasangan suami itu perlu bersama-sama mengeluarkan titik peluh mereka supaya dapat menyara kehidupan keluarga bahagia mereka. Dalam hal ini, benarlah bahawa amat digalakkan supaya seseorang wanita itu harus berjaya demi kelangsungan hidup. Perkara ini bole difahami daripada firman Allah di dalam surah al Nisa (4):32 :

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌۭ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌۭ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ ۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًۭا۝٢٣

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Menerusi ayat di atas, setiap insan sama ada lelaki atau wanita berhak berusaha dan mendapat ganjaran yang setimpal daripada apa yang mereka usahakan. Malahan, tidak ada sebarang nas yang melarang kaum wanita daripada menuntut ilmu.

Mengikut sejarah Islam, ramai ahli Hadis yang terkemuka terdiri daripada kaum wanita. Malah, Profesor Dr. Ahmad Syalaby juga pernah menjelaskan bahawa wanita pada zaman Rasulullah turut terlibat dalam bidang pekerjaan.

Selain itu, Sayyidatina Fatimah, anak perempuan Rasulullah SAW umpamanya juga pernah bekerja menggerakkan alat pengisar dan memikul bekas air, sehingga kelihatan kesan-kesan pada tangan dan tengkuknya. Sayyidatina Khadijah Khuwailid isteri pertama yang paling dikasihi oleh Rasulullah SAW juga adalah seorang saudagar. Beliau terus menjalankan pekerjaannya sehingga beliau meninggal dunia (iaitu sepuluh tahun selepas Nabi Muhammad mulai menerima wahyu).

Sastera Arab juga ada menyebut, terdapat golongan-golongan wanita yang bekerja membusar kapas dan menenun; kerana kerja-kerja itu boleh mendatangkan sumber kekayaan kepada keluarga. Oleh itu, wanita dibolehkan bekerja supaya sentiasa ada keinginan untuk berusaha bagi mendapat sesuatu kejayaan melalui kelelahan.

KESAN WANITA BEKERJA

Terdapat banyak kesan positif yang dapat diambil sekiranya seorang wanita itu bekerja. Antaranya ialah, wanita itu akan dipandang tinggi oleh sosok masyarakat. Hal ini kerana, wanita bekerjaya kelihatan berketerampilan tinggi hingga mampu menyara diri dan membeli barangan yang bermutu tinggi. Mereka turut mempunyai “soft skills” seperti kepemimpinan, komunikasi dan pengurusan masa yang baik.

Jika seleruh wanita di Malaysia ini bekerjaya secara tidak langsung dan menjadikan inspirasi kepada generasi muda untuk menunjukkan bahawa perempuan juga dapat mencapai apa pun yang mereka impikan seperti kereta rumah dan juga aksesori kecantikan. Di sini juga dapat dilihat, wanita bekerjaya itu walaupun mempunyai kekangan dalam kehidupan, tetapi mereka mampu untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi.

KONKLUSI

Kesimpulannya, wanita bekerjaya itu bukanlah satu paksaan atau desakan, akan tetapi demi melahirkan seorang perempuan itu berdikari dan bermandiri, amatlah digalakkan supaya seseorang wanita itu mempunyai aset peribadi supaya menjadi payung emas kepada mereka sebelum menempuhi asam garam kehidupan ketika dewasa kelak.

Oleh: NUR ALIEYA FARHANIM MOHD NIZAM
Pelajar Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Author

Pilihan Editor