HomeHiburan'Rumah pelacuran ni perlu ada'- Pendapat Rosyam Nor terima kecaman netizen

‘Rumah pelacuran ni perlu ada’- Pendapat Rosyam Nor terima kecaman netizen

PENDAPAT pelakon senior, Rosyam Nor, mengenai keperluan mewujudkan rumah pelacuran di negara ini mendapat perbalahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin berpandangan aktiviti itu perlu ada memandangkan di Malaysia terdapat lambakan warga asing sebanyak tiga juta yang kebanyakannya adalah golongan lelaki.

Menurutnya, kewujudan rumah pelacuran membolehkan pekerja asing ‘melepaskan nafsu’ selepas berada berjauhan dengan pasangan selain meluahkan kebimbangan kes rogol melibatkan warga asing.

“Pusat pelacuran ini perlu sebab pendatang asing di negara kita ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di sini.

“Bini semua tinggal ni (negara asal), namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak ‘tonjol’ kat mana? Dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

“Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul,” kata Rosyam Nor menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan.

https://www.tiktok.com/@suhanchannelofficial/video/7320921965617892609?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7272230402668185096

Kenyataan penuh kontroversi itu telah menimbulkan pelbagai kritikan dan respons dalam kalangan warga net yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pelakon berusia 57 tahun tersebut.

“Uih bahaya POV Rosyam ni. The problem is those pendatang lelaki. Allowing clubs just adds more problems,” komen netizen.

“Kalau Datuk berkata dan berfikir menggunakan akal memang betul tapi Datuk fikir dari sudut agama, pasti Datuk tak berkata begitu. Niat tidak menghalalkan cara,” kongsi netizen.

Memang salah dan tak ada betulnya, dah hukum Allah melarang, Dia lagi tahu kelemahan manusia sebab diri sendiri kena betulkan dan mantapkan,” tulis netizen.  

Author

Pilihan Editor