HomeHiburan'See you in court!' - Fathia Latiff tuju 'pesanan' pada Anju

‘See you in court!’ – Fathia Latiff tuju ‘pesanan’ pada Anju

KONFLIK membabitkan aktres, Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff semakin ‘panas’ di media sosial apabila Fathia memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi hantaran di InstaStory, Fathia turut menyifatkan Zarina yang mesra dipanggi Anju berhati busuk kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak baik mengenai dirinya dalam sebuah video yang tular sebelum ini.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik menerusi InstaStory Fathia Latiff

“Hai Anju, aku nampak video kau bercakap buruk tentang aku, sememangnya itulah perangai kau. Berhati busuk. Sebelum kau bercakap apa-apa terhadap orang lain, tengoklah diri sendiri dulu.

“Kau pun lebih tua dari aku. Aku akan jumpa kau di mahkamah bila aku dah balik dari luar negara nanti,” tulisnya pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon Ariana Rose itu turut menasihatkan Anju supaya bermuhasabah diri memandangkan dia baru sahaja pulang menunaikan umrah.

“Pergilah pakai balik tudung memandangkan kau baru balik dari umrah.

“Tutuplah kepala kau daripada bercakap benda bodoh mengenai orang yang pernah kau panggil kawan.

“Kau tikam belakang, tolonglah malu dengan diri kau,” ungkapnya.

Kontroversi yang ditimbulkan Fathia dengan mengaitkan aktres, Zahirah MacWilson sebelum ini membuatkan Anju tampil bersuara mendakwa dia pernah menerima nasib sama seperti Zahirah sehingga membuatkan persahabatannya dengan Fathia musnah.

Menurut Anju, Fathia sering menganggap persahabatan mereka dibina atas dasar populariti dan jumlah pengikut di media sosial.

Author

Pilihan Editor