HomeBeritaSPRM akan panggil seorang bekas PM beri keterangan - Azam Baki

SPRM akan panggil seorang bekas PM beri keterangan – Azam Baki

CYBERJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Menurutnya, turut akan dipanggil, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana.

“Tidak kurang daripada empat orang akan dipanggil (memberikan keterangan) dan salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri dipanggil memberikan keterangan,” katanya memetik Berita Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Azam turut mengulas perkembangan kes siasatan SPRM terhadap proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tempoh 2020 hingga 2022, yang menggunakan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Sebelum ini, dilaporkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan siasatan dijalankan.

SPRM turut mengesahkan sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kes berkenaan.

Author

Pilihan Editor