HomeBeritaAnwar akan rujuk JAKIM sebelum petik ayat al-Quran

Anwar akan rujuk JAKIM sebelum petik ayat al-Quran

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan kekal menggunakan ayat al-Quran berserta tafsiran dalam setiap ucapan yang disampaikannya.

Perkara itu susulan sebelum ini beliau berdepan kritikan berhubung petikan surah al-Kahfi.

Bagi mengelak kejadian sedemikian berulang lagi, Anwar menyatakan bahawa beliau akan merujuknya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu.

“Saya syukur kerana apa dilontarkan di perhimpunna Jabatan Perdana Menteri ini menimbulkan minat terutama kepada anak muda untuk membaca dan menelaah, bukan sekadar membaca al-Quran tetapi menelaah lebih mendalam.

“Saya anggap (ini) penting (dan) bulan-bulan lain, saya (akan) baca ayat al-Quran lain dan tafsir supaya mengalakkan ada perbahasan lain tetapi saya rujuk JAKIM terlebih dahulu supaya elak daripada kontroversi,” katanya memetik Berita Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI di Putrajaya, hari ini.

Disember tahun lalu, Anwar menjadi tumpuan kerana memetik berhubung kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfiseperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi bersama tafsiran dalam ucapannya pada perhimpunan bersama warga JPM.

Bagaimanapun, tular di media sosial seorang penceramah bebas mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu sehingga menjadi polemik.

Mengulas lanjut, Anwar mengatakan bahawa beliau bukan mahu mempertahankan pendiriannya berhubung penggunaan ayat al-Quran sebaliknya menekankan mengenai soal nilai dan akhlak.

“Saya ulang teliti semula ucapan yang dirakam dan maksud saya ialah dalam keghairahan kita memacu pertumbuhan ekonomi, digital, meningkat mutu kesihatan, jangan tinggal soal nilai kemanusiaan.

“Keadilan dan akhlak yang baik itu ditekankan dan ini juga pengajaran daripada kisah anak muda (Ashabul Kahfi) yang mempunyai kecekalan, mempertahankan prinsip dan beriman kepada Allah SWT,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor